Selamat Datang Ke GIATMARA Stampin.



GIATMARA Stampin
1st Floor, Lot 3230,
Rock Road Commercial Centre,
Jalan Rock, 93200 Kuching, Sarawak

gmstampin@giatmara.edu.my

082-232134 (P)
082-232127(Pej)
082-232114(Fax)

Pengurus: Fairulizan Bin Horian
013-8157877

Kursus Ditawarkan:

1. Masakan & Pramusaji
2. Teknologi Fotografi
3. Animasi Digital

GIATMARA Stampin (pada asalnya dipanggil GM Petra Jaya dan GM Bandar Kuching) telah mula beroperasi pada 01.Nov.1993 di Bangunan Ekspo Lama, Jalan Astana, Petra Jaya, Kuching. Bangunan Ekspo Lama yang terletak berhadapan dengan Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang berkeadaan usang telah diubahsuai bagi keperluan latihan.




Pada permulaannya Pusat ini telah mengendalikan 2 kursus iaitu Kursus Teknologi Bangunan yang mengambil masa 6 bulan dan Kursus Pendawaian Elektrik Domestik selama 12 bulan. Pada bulan Jun 1994, diatas permohonan Kerajaan Negeri Sarawak satu lagi kursus telah diujudkan iaitu Kursus Teknologi Fabrik (Jahitan Pakaian/Kusyen dan Kanvas). Kerajaan Negeri telah menyumbang RM34,000.00 bagi perolehan peralatan asas.


Sehubungan dengan itu, Pusat ini telah menerima tetamu pertama yang istimewa pada 25 Julai 1994 iaitu Menteri Pembangunan Sosial Negeri Sarawak YB Datuk Adnan Hj. Satem bagi acara penyerahan Cek tersebut dan seterusnya YB Datuk menyempurnakan Perasmian Pusat GIATMARA Petra Jaya disamping menyampaikan Sijil kepada pelatih-pelatih Tamat Latihan Pusat GIATMARA yang pertama.

Pada 27 Feb. 1995 sekali lagi Pusat ini telah menerima kunjungan tetamu kenamaan iaitu Datuk Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Sarawak. Beliau mengumumkan kesediaan Kerajaan Negeri Sarawak memberikan tanah untuk tapak kekal GIATMARA di Kawasan Perindustrian Sejingkat, sekarang tapak tersebut digunakan bagi tapak kekal GM Santubong.



Diatas permohonan YB, Ahli Parlimen kawasan Santubong semasa itu Datuk Hjh. Rohani bte Hj. Abdul Karim dan diluluskan oleh GIATMARA, pada bulan Mac 1995, Pusat ini telah mengujudkan 2 Cawangan iaitu di Bengkel Serbaguna Wanita Kpg. Santubong, dan di Bengkel Serbaguna Wanita Kpg. Bt. 10 Matang, Kuching bagi memberi latihan dalam bidang Jahitan Pakaian. Latihan diadakan sekali seminggu disetiap lokasi bagi kaum Ibu di kawasan berkenaan. Latihan secara percuma masih diteruskan sehingga sekarang.

Perpindahan Pada bulan Mei 1995, Pusat ini telah diarah mengosongkan Bangunan Ekspo Lama kerana kawasan tersebut diperlukan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan pembangunan. GM Bandar Kuching telah berpindah ke kawasan Perumahan Jabatan Penjara Serenti mulai bulan Jun 1995.




KESELAMATAN Keadaan keselamatan di kawasan Perumahan Penjara diakui tidak selamat dan tidak kondusif sebagai kawasan latihan PGM dengan alasan seperti berikut :

a. Kawasan perumahan berada ditepi hutan.
b. Perumahan Jabatan Penjara telah ditinggalkan dan dalam proses pelupusan.
c. Kawasan PGM dikelilingi rumah yang ditinggalkan, perkuburan Kristian dihadapan dan kawasan pemeliharaan kinzir bersebelahan.
d. Perjalanan ke kawasan PGM dari Jalan Raya adalah sejauh 1 km. Suasana perjalanan adalah tidak selamat terutamanya untuk pelatih perempuan. Pusat telah berhadapan dengan kes culik pada tahun 1998.





Kerjasama dengan PDRM

Pada tarikh 15 Okt 1999, diatas kerjasama PDRM Bukit Aman dan PDRM Sarawak dan diatas Perjanjian Persafahaman (MoU) yang telah diadakan, PGM Bandar Kuching telah beransur berpindah dan beroperasi di Kem Polis, Jalan Lapangan Terbang Lama, Kuching. Ini adalah kerana didapati kawasan latihan Perumahan Penjara adalah terpencil dan tidak selamat serta keadaan persekitaran adalah tidak kondusif untuk diduduki.



Luas Kawasan adalah lebih kurang 3.5 ekar dan keadaan bangunan adalah memuaskan. Pelan kedudukan bangunan GM Bandar Kuching adalah seperti di yang terdapat pada gambar. GIATMARA dikehendaki memberi keutamaan kepada anak-anak dan keluarga PDRM.


Lawatan terkini dari PDRM ialah SAC 1 Dato’ Hashim bin Sharat, Timb. Pengarah 1 Jabatan Logistik PDRM Bukit Aman pada 01 April 2005. Beliau menyokong terhadap kegunaan Pusat Latihan ini bagi GIATMARA dan memaklumkan satu mesyuarat akan diadakan bagi menyatukan lagi perjanjian. Beliau sekali lagi memohon agar memberi perhatian terhadap kemasukan keluarga PDRM untuk mengikuti latihan di Pusat-Pusat GIATMARA. Kouta pelatih turut diadakan bagi PDRM.



MoU dengan IKMAS, Sarawak. Diatas permohonan bantuan dari IKMAS, Sarawak, GM Bandar Kuching kini memberi bantuan latihan kepada pelatih IKMAS sebagai latihan ko-korikulum dalam bidang Teknologi Bangunan, Jahitan Pakaian dan Kursus Pendawaian Elektrik. Bantuan ini telah djalankan selama 2 tahun. MoU diantara GIATMARA dengan IKMAS telah dimeterai pada 21 Ogos 2004.




Pada awal tahun 2009 setelah 10 tahun menduduki kem Polis Lapangan Terbang, GIATMARA Bandar Kuching(Stampin) sekali lagi berpindah diatas sebab, tempat tersebut telah dijadikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia sebagai pusat latihan Polis (PULAPOL).

Kursus Fashion And Dress Making telahpun dipindahkan ke GIATMARA Mambong. Bagi kursus Pendawai Elektrik, Teknologi Baikpulih dan Mengecat Kenderaan, Masakan dan Pramusaji telahpun berpindah ke Kawasan Industri MARA untuk sementara waktu.



Melalui bajet ransangan ekonomi yang kedua GIATMARA Stampin telahpun mendapat tapak ataupun lokasi tetap dimana akan berpindah setelah selasai proses pembelian bangunan tersebut.



Lokasi bangunan terletak bersebelahan dengan Wisma Saberkas